Friday, April 1, 2011

Kemunculan Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap Manusia di Malaysia

ABSTRAK

Penyakit berjangkit adalah fenomena biososial. Ia boleh wujud dalam manamana
masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ia sama ada disebabkan agen infeksi
atau bahan-bahan toksik yang merbahaya kepada manusia. Oleh sebab ia,
telah membawa pelbagai implikasi sosial, ekonomi dan politik, antara banyak
yang lain. Ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup manusia dan pembangunan
negara, terutamanya dari segi pembangunan sumber manusia. Laporan ini
cuba menyentuh beberapa jenis penyakit berjangkit yang umum di Malaysia,
punca penularannya, langkah pengawalannya dan arah perkembangannya.
Sukar dielakkan hubungan yang kompleks antara manusia dengan
mikroorganisma patogenik dalam usaha pihak berwajib merangka program
pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Kata kunci: HIV, AIDS, infeksi, keracunan makanan


PENGENALAN

Kejayaan yang tercapai pada aplikasi imunisasi, nutrisi, sanitasi dan prinsip
epidemiologi dalam hal ehwal kesihatan tidak mengurangkan masalah penyakit
berjangkit. Sebaliknya, ia menjadi semakin kuat dalam kes tertentu sehingga
154 Sari 23

telah menjadi punca utama kematian. Selain itu, penyakit berjangkit yang baru
sering muncul, seolah-olah untuk mengambil alih penyakit yang lama. Antara
penyangkit berjangkit yang dimaksudkan ialah penyakit viral yang telah
menggantikan penyakit bakterial, manakala hepatitis dan AIDS pula telah
mengganti gonorea. Selain itu, penyakit Lyme pula telah mengganti penyakit
Legionnaires’ dan penyakit Ebola mengganti penyakit jenis tropika. Apakah
ini benar? Jawapannya ialah tidak. “Penyakit-penyakit baru” ini telah wujud
sejak dahulu lagi. Tetapi, kemunculannya sebagai epidemik seolah-olah
menunggu keadaan sosial yang baru di zaman yang baru. Perkembangan itu
membawa konotasi bahawa penyakit berjangkit sangatlah sensitif terhadap
keadaan sosial kita yang boleh menjadi semacam barometer kepada status
kesihatan komuniti dan populasi secara umum.
Dalam ilmu epidemiologi, penyakit ditakrif sebagai titik tolak yang
merbahaya daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi. Dalam
konteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusia
kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripada
organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkan
penyakit. Kebanyakan patogen yang ada pada manusia adalah mikroorganisma.
Dalam konteks itu, penyakit berjangkit adalah reaksi dan interaksi perumah
terhadap patogen. Interaksi tersebut bukan sahaja boleh memusnahkan patogen,
tetapi juga menghasilkan ketaknormalan kepada perumah sehingga
menyebabkan orang itu mati.

Sementara itu, infeksi pula adalah serangan patogen yang dilakukan ke
atas tubuh manusia. Serangan itu menyebabkan patogen merebak dan
mengganggu perumah. Organisma patogenik atau ancaman toksin yang ada
pada tubuh manusia tidak boleh menghasilkan penyakit dengan sendirinya.
Tetapi, kita mungkin adalah pangkalan bagi berbilion pneumococci dalam paruparu
kita dan juga berbilion lagi organisma streptococcus pada kulit kita tanpa
kita merasa sakit atau dihidapi penyakit. Ia hanya boleh membawa penyakit
bila patogen bertindak balas atau menjadi merbahaya kepada tubuh manusia.
Oleh sebab itu, penyakit berjangkit ada kalanya wujud dalam dua keadaan yang
berbeza: yang bersifat epidemik dan endemik. Berlakunya endemik ialah dalam
keadaan mudah membiaknya sesuatu penyakit yang memang sudah ada pada
orang ramai atau di suatu tempat.

Maksud infektiviti ialah keadaan orang yang mempunyai organisma infeksi
itu menularkannya kepada orang lain. Ini biasanya terjadi di banyak peringkat
yang dikenali sebagai “kecerunan infeksi” (Geraf 1 dan 2). Dalam Geraf 1,
diperihalkan severiti jangkitan sesuatu penyakit kepada manusia sehingga
menampakkan tanda-tanda klinikal dan subklinikal. Dari segi epidemiologi,
kes subklinikal dan pembawa penyakit sering diberi perhatian utama. Ini
disebabkan penyakit yang dibawanya itu berupaya menjangkiti orang lain.
Dalam kes infeksi yang lebih serius, lebih besarlah kemungkinan orang yang
dijangkiti itu dikuarantinkan, maka dijauhkan daripada orang lain yang rentan
terhadap penyakit.

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - MapyRO
    MapyRO 이천 출장안마 users 용인 출장샵 can access their favorite casino games by tapping their 사이트 추천 desktop 남양주 출장마사지 browser, or 충청남도 출장안마 downloading an APK file to play casino games in browser.

    ReplyDelete